Thursday, July 10, 2008

Reviu tentang cerita 'Pelangi'

Farah dan Sarah ialah kawan sejati.Mereka tinggal berdekatan.Suatu hari,Farah sakit dan tidak dibenar untuk pergi ke sekolah.Sarah pun sedih kerana Farah tidak dapat pergi ke sekolah kerana dia sakit.Selepas sekolah,dia akan pergi ke rumah Farah dan melawatinya.Sarah selalu menulis diarinya.Suatu hari nanti,Sarah dapat tahu yang Farah akan berpindah ke rumah lain.Saya suka cerita ini kerana ia sangat seronok.Saya menasihatimu untuk membeli atau meminjam buku ini di perpustakaan.Dalam akhir cerita,Sarah menukar diarinya dengan Farah.

Tuesday, July 8, 2008

Pergi membeli-belah

Bila saya pergi membeli-belah,saya akan membeli barang-barang seperti barang-barang yang saya gemari dan sukai.Barang-barang yang saya gemari dan sukai ialah seperti pakaian,beg dan macam-macam lagi.Kadang-kala,saya akan pergi membeli-belah dengan ibu dan abang.Abang saya pun suka membeli-belah.Dia suka barang-barang seperti beg,jam dan lain-lain lagi.Ibu saya pula suka membeli krim muka,baju untuk berkerja dan macam-macam lagi!Kita akan pergi membeli-belah setiap hari Ahad atau Sabtu.Itulah sesuatu yang saya gemari dalam hidup saya.

Thursday, July 3, 2008

Menonton Televisyen

Saya suka menonton televisyen.Saya suka menonton Channel 5,Suria,Kids Central dan sebagainya.Kadang-kala,saya akan makan dan minum sambil menonton televisyen.Saluran yang paling saya gemari ialah Channel5 dan Kids Central.Kalau anda ada sesuatu yang anda mahu kongsi dengan saya,SILAKAN!

Sekolah

Pada saya,sekolah ialah tempat yang kita boleh bermain dan selamat.Tidak seperti kawan-kawan saya yang lain,saya suka pergi ke sekolah kerana pada saya inilah tempat yang lebih seronok untuk membuat kerja rumah dan macam-macam lagi.Inilah sebabnya saya gemar pergi ke sekolah.Sebab yang kedua ialah,saya gemar membaca buku jadi kadang-kala apabila saya ada masa lapang,saya akan pergi ke perpustakaan sekolah.

Wednesday, July 2, 2008

Bermain dengan rakan-rakan

Setiap hari minggu,saya dan rakan-rakan selalu bermain bersama-sama.Kita akan bermain 'Hide And Seek'(dalam bahasa Inggeris)Selepas itu,kita juga akan bercakap tentang perkara-perkara yang kita lakukan di sekolah dan apa yang kita suka atau tidak suka dalam sekolah.Selepas itu,kita akan pergi ke Taman Permainan untuk bermain sama-sama.Kadang-kala,saya akan pergi ke rumah kawanku untuk bermain jika Taman Permainan ada ramai orang.Inilah masa yang saya paling gemari dengan rakan-rakanku.